JFHG

JURUKUR FH GEOSPATIAL

Perkhidmatan Ukur Tanah & Geospatial

Menyediakan perkhidmatan ukur tanah dan penyelesaian geospatial untuk keperluan hartanah, pembangunan dan projek.

MENGENAI KAMI

Jurukur FH Geospatial

Jurukur FH Geospatial ialah firma ukur tanah berlesen yang berdaftar di bawah Lembaga Jurukur Tanah Malaysia (LJT). Kami mengendalikan pelbagai keperluan pengukuran untuk individu, pemaju dan agensi kerajaan.

FIRMA UKUR TANAH BERDAFTAR

Jurukur FH Geospatial

No. LS: 0540 · Berdaftar di bawah Lembaga Jurukur Tanah Malaysia (LJT)

  • Firma ukur tanah berdaftar dan berlesen
  • Menggunakan peralatan dan teknologi pengukuran moden
  • Khidmat nasihat awal tanpa caj melalui perbincangan di pejabat
Jurukur FH Geospatial

PERKHIDMATAN

Perkhidmatan Kami

Perkhidmatan pengukuran untuk keperluan tanah, pembangunan dan projek kejuruteraan.

01

Ukuran Kadaster / Sempadan

Penentuan sempadan tanah, pecah lot, pecah bahagian dan penyatuan tanah untuk tujuan berkaitan hakmilik tanah.

02

Ukuran Topografi

Pemetaan butiran permukaan bumi bagi keperluan perancangan, reka bentuk dan pembangunan termasuk hydrografi bagi projek yang berkaitan.

03

Ukuran Kejuruteraan

Kerja pengukuran bagi projek pembinaan termasuk setting-out serta keperluan pengukuran kejuruteraan.

04

Pengukuran Khusus

Perkhidmatan pengukuran khusus termasuk penentuan arah kiblat bagi projek yang memerlukannya seperti masjid, surau dan hotel.

PROSES KERJA

Bagaimana Proses Kerja Kami

Setiap kerja dimulakan dengan memahami keperluan pelanggan sebelum skop dan pelaksanaan kerja ditentukan.

01

Perbincangan

Pelanggan menghubungi atau hadir ke pejabat untuk menerangkan keperluan kerja.

02

Semakan Maklumat

Maklumat dan dokumen berkaitan tanah atau projek disemak terlebih dahulu.

03

Skop Kerja

Keperluan dan skop kerja pengukuran ditentukan berdasarkan maklumat yang diterima.

04

Sebutharga

Sebutharga disediakan berdasarkan skop kerja yang telah dikenal pasti.

05

Kerja Ukur

Selepas persetujuan pelanggan, kerja pengukuran dilaksanakan mengikut skop.

06

Hasil Kerja

Hasil atau dokumen berkaitan kerja disediakan mengikut jenis perkhidmatan.

PROJEK & KERJA LAPANGAN

Galeri Projek

Sebahagian kerja pengukuran dan projek lapangan yang dilaksanakan oleh Jurukur FH Geospatial.

Ukuran pecah bahagian tanah

KADASTER

Ukuran Pecah Bahagian

Kerja pengukuran bagi tujuan pecah bahagian lot di Kg Sempang.

Hydro survey projek LKIM

HYDROGRAFI

Ukuran Topografi / Hydro Survey

Kerja hydro survey bagi keperluan topografi projek LKIM - Jeti Nelayan Tanjung Palas Teluk Mas

Penentuan sempadan Taman Pahlawan Umbai

SEMPADAN

Penentuan Sempadan Lot

Kerja penentuan sempadan bagi projek tapak rumah di Taman Pahlawan, Umbai.

Cerapan matahari kerja ukur kadaster

KADASTER

Cerapan Matahari

Mencerap matahari bagi mendapatkan datum kerja ukur kadaster.

Kerja lapangan Taman Pahlawan Umbai

KERJA LAPANGAN

Kerja2 'setting out'.

Sebahagian kerja lapangan - 'asbuilt' bagi semakan kedudukan tapak rumah.

Penentuan arah kiblat Masjid Kg Serkam Darat

PENGUKURAN KHUSUS

Penentuan Arah Kiblat

Kerja penentuan arah kiblat ditapak pembinaan Masjid baru Kg. Serkam Darat bersama Jab Agama Islam Melaka(Pejabat Mufti).

HUBUNGI JURUKUR FH GEOSPATIAL

Anda Ada Keperluan Ukur Tanah?

Hubungi kami untuk berbincang mengenai keperluan tanah atau projek anda. Kami akan membantu menyemak maklumat awal sebelum menentukan skop kerja dan menyediakan sebutharga yang bersesuaian.

Tanya Melalui WhatsApp →

Khidmat nasihat awal juga boleh dibuat melalui perbincangan di pejabat.

PEJABAT JFH GEOSPATIAL

Hubungi & Kunjungi Kami

Alamat Pejabat

JC 2643-1, Blok E1, Jalan PB2,
Plaza Bestari, Bandar Jasin Bestari,
Ayer Panas, 77000 Jasin, Melaka.

Buka di Google Maps →

Maklumat Hubungan

Telefon: 019-666 4262

Telefon: 016-952 2646

E-mel: jfhgeospatial@gmail.com